SHAH ALAM 23 APR 11 - Pemangku Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Wira Hj. Zulkifli Zainal Abidin telah merasmikan majlis pelancaran Kompeni Askar Wataniah (AW) kawasan Parlimen Selangor sempena dengan Karnival 1MINDEF di Dataran Bazarena, Stadium Malawati. Pelancaran ini membabitkan Kompeni AW Shah Alam, Kelana Jaya, Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan serta Subang.Menurut Pemangku Panglima Tentera Darat, Rejimen 502 AW yang dianggotai oleh rakyat pelbagai kaum boleh dijadikan jambatan perhubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan rakyat. Pasukan tentera simpanan ini banyak memainkan peranan dalam mendedahkan orang awam terhadap sebahagian besar peranan dan tugas harian ATM. “Ini dapat meningkatkan kefahaman orang awam tentang bagaimana pasukan tentera melaksanakan tugas mereka. Hubungan baik antara tentera dan rakyat akan terus ditingkatkan dan kita percaya AW dapat menjadi penghubungnya” kata beliau.Tambahannya lagi, bahawa resipi kejayaan negara yang dikecapai sekarang adalah hasil perpaduan dan saling hormat menghormatan antara satu sama lain, oleh itu, kita harus bersatu dibawah kepimpinan yang teguh dan berwawasan serta tidak berpecah belah. Keadaan itu hanya membawa padah kepada rakyat dan ekonomi negara, tiada siapa yang menang sebaliknya kekacauan dan kesengsaraan melanda. Justeru katanya, sebagai barisan kedua pertahanan negara, AW akan terus bergerak maju untuk mendukung misi mempertahankan negara daripada sebarang ancaman. Penyertaan anak watan negeri Selangor dalam AW berjaya membuktikan bahawa mereka mempunyaan semangat patriotik yang kental dalam mempertahankan kedaulatan negara. Hadir sama Komander Rejimen 502 AW, Brig Jen (K) Prof. Madya Thantawi Jauhari Ahmad, AKS BPS, Brig Jen Dato’ Fazlurrahman Mohammad Irfan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Lt Kol (K) Datuk Tarmedi Omar. |
Wednesday, April 27, 2011
Askar Wataniah Jadi Jambatan Hubungan Antara Rakyat Dengan Tentera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SHAH ALAM 23 APR 11 - Pemangku Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Wira Hj. Zulkifli Zainal Abidin telah merasmikan majlis pelancaran Kompeni Askar Wataniah (AW) kawasan Parlimen Selangor sempena dengan Karnival 1MINDEF di Dataran Bazarena, Stadium Malawati. Pelancaran ini membabitkan Kompeni AW Shah Alam, Kelana Jaya, Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan serta Subang.Menurut Pemangku Panglima Tentera Darat, Rejimen 502 AW yang dianggotai oleh rakyat pelbagai kaum boleh dijadikan jambatan perhubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan rakyat. Pasukan tentera simpanan ini banyak memainkan peranan dalam mendedahkan orang awam terhadap sebahagian besar peranan dan tugas harian ATM. “Ini dapat meningkatkan kefahaman orang awam tentang bagaimana pasukan tentera melaksanakan tugas mereka. Hubungan baik antara tentera dan rakyat akan terus ditingkatkan dan kita percaya AW dapat menjadi penghubungnya” kata beliau.Tambahannya lagi, bahawa resipi kejayaan negara yang dikecapai sekarang adalah hasil perpaduan dan saling hormat menghormatan antara satu sama lain, oleh itu, kita harus bersatu dibawah kepimpinan yang teguh dan berwawasan serta tidak berpecah belah. Keadaan itu hanya membawa padah kepada rakyat dan ekonomi negara, tiada siapa yang menang sebaliknya kekacauan dan kesengsaraan melanda.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.